Langkau ke kandungan
Bantuan Saksi

Padam semua data

Padam segala yang disimpan oleh Saksi pada telefon anda dalam satu langkah. Apa yang dialih keluar, apa yang tidak, dan cara menyambung rakaman selepas itu.

Kali terakhir disemak 21 Oktober 2026

Padam semua data memadam arkib, fail yang disimpan dan makluman Saksi pada telefon anda, kemudian menjeda rakaman. Ia tidak memadam mesej dalam apl lain atau salinan yang telah anda kongsi.

Padam segala-galanya

  1. Dalam Saksi, buka Tetapan > Arkib & Storan.
  2. Di bawah Anda mengawal data anda, ketik Padam semua data.
  3. Saksi bertanya Padam semua data? Baca nota dan ketik Padam. Ketik Batal untuk menyimpan segala-galanya.

Anda juga boleh menggunakan Lagi pilihan (tiga titik) pada Garis masa > Padam semua data. Tetapan > Privasi & Kebenaran mempunyai pautan ke tempat yang sama.

Apa yang dialih keluar

  • Semua rekod yang disimpan dan sejarahnya.
  • Foto dan fail yang disimpan, pratonton dan cache.
  • Peti masuk makluman dan pemberitahuan Saksi sendiri.
  • Tetapan Saksi dan pilihan apl anda, kecuali bahasa anda.
  • Pilihan diagnostik anda: analitik penggunaan dan laporan ranap dimatikan, laporan yang belum dihantar dipadam, dan ID analitik pada telefon anda ditetapkan semula.

Apa yang tidak dialih keluar

  • Mesej dalam WhatsApp, Telegram atau mana-mana apl lain.
  • Resit atau fail yang telah anda kongsi. Salinan yang dikongsi tidak boleh ditarik balik.
  • Akses Pemberitahuan. Saksi kekal dibenarkan sehingga anda mematikannya dalam tetapan Android atau menyahpasang apl.
  • Analitik penggunaan atau laporan ranap yang telah dihantar, jika anda pernah menghidupkannya. Dasar privasi menerangkan berapa lama ia disimpan.
  • Permintaan sokongan yang anda hantar dalam Bantuan & Sokongan. Ia disimpan pada pelayan sokongan kami, berasingan daripada arkib anda, dan Saksi mengekalkan akses anda kepadanya supaya anda masih boleh memadamnya. Padam satu permintaan dalam Tiket saya, atau lihat Padam data sokongan anda.

Selepas memadam

Rakaman dijeda, dan pemberitahuan lama tidak disimpan semula. Garis masa memaparkan: "Semua data setempat telah dipadam. Rakaman dijeda. Semak pilihan apl anda sebelum menyambung."

  1. Semak Penapis Apl dalam Tetapan > Rakaman & Apl jika anda mahu menukar apl yang disimpan.
  2. Ketik Sambung rakaman pada Garis masa untuk mula menyimpan semula.

Jika anda melihat Pemadaman tidak lengkap, sesetengah fail tidak dapat dialih keluar. Ketik Padam semua data sekali lagi. Rakaman kekal dijeda sehingga anda menyambungnya.

Hentikan Saksi sepenuhnya

Untuk mengalih keluar akses Saksi juga, matikan Saksi dalam tetapan Akses Pemberitahuan telefon anda, atau nyahpasang apl.

Kembali ke getsaksi.com

Saksi tidak bergabung dengan WhatsApp, Telegram atau Google. Android ialah tanda dagangan Google LLC.

© 2026 Saksi